Thursday, August 13, 2026

Anwar dibenar pulang selepas jalani rawatan fisioterapi

 Perdana menteri menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut, Isnin lalu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan telah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibenarkan pulang hari ini selepas menjalani rawatan fisioterapi susulan pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut, Isnin lalu.

Perkembangan itu dikongsi beliau melalui hantaran di Facebooknya, tadi.

“Alhamdulillah, back home (kembali ke rumah),” katanya sambil berkongsi hantaran gambarnya yang sedang membaca sebuah buku.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan selamat menjalani pembedahan berkenaan, yang dimaklumkan oleh ketua pasukan pasukan perubatan, Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah.

Beliau kemudian menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.