Bas disewa bawa 35 pelajar dan seorang guru sekolah menengah, menurut bomba.

PETALING JAYA: Sembilan pelajar sekolah menengah cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kota Kinabalu hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berlaku di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang pada 11 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada 11.40 pagi.
Menurutnya, operasi melibatkan dua anggota BBP Kota Belud dengan bantuan polis, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tamat pada 12.32 tengah hari.
Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Elge memaklumkan, bas persiaran itu disewa untuk membawa 35 pelajar dan seorang guru dari sekolah itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.