Menteri dalam negeri berkata individu sah pelarian 'tentunya' antara kumpulan awal akan diurus penghantarannya oleh Wisma Putra.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendaftaran itu bukan sahaja melibatkan pelarian Myanmar, malah meliputi semua mereka yang dikenal pasti ada di negara ini.
“Kalau sah mereka itu berstatus pelarian, maka mereka tentunya antara kumpulan awal yang akan kita uruskan penghantaran. Yang itu akan dikendali Wisma Putra.
“Kami menjalankan pendataan. Kita kena ada mekanisme untuk mendekati mereka ni, hebahkan bahawa kerajaan Malaysia sedang melakukan pendataan dan kita akan minta tampil ke hadapan,” katanya menurut Bernama pada sidang media, di Putrajaya.
Sebelum ini, dilaporkan Kementerian Dalam Negeri menerusi imigresen sedang melaksanakan program DPP bagi mengurus isu golongan itu secara tersusun, selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No 23 (Semakan 2023).
KDN memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.