Selain 2 mangsa berusia 12 tahun yang maut, dua lagi budak lelaki terlibat dalam kejadian dikejarkan ke hospital.

PETALING JAYA: Dua budak lelaki berusia 12 tahun maut manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Kulim hari ini.
Ketua Polis Kulim Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berlaku di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, itu pada 7.30 malam.
“Maklumat awal yang diterima mengatakan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Beliau menambah, anggota yang dikerah ke tempat kejadian mendapati dua kanak-kanak maut, manakala dua lagi, masing-masing berusia lapan dan 11 tahun, telah dibawa ke hospital.
Menurut Syamsul, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.