Saturday, September 12, 2026

2 pilihan: Adakan PRU atau kamu keluarkan Umno, Zahid jawab pencabar

 Presiden Umno Zahid Hamidi bidas pihak yang mencabar Umno supaya keluar daripada kerajaan.

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden Umno Zahid Hamidi kata Umno-BN bebas untuk menentukan hala tuju sendiri.
KUALA LUMPUR:
Pihak yang mencabar Umno supaya keluar daripada kerajaan perpaduan cuma mempunyai dua pilihan iaitu mengadakan PRU atau mengeluarkan Umno secara rasmi dan buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.

Zahid mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan sekarang menjadi kerana sokongan Umno selepas PRU15.

“Berani? Kalau berani buatlah cepat,” bidasnya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Zahid seterusnya mengingatkan bahawa kerjasama untuk membentuk kerajaan sekarang adalah kerana rasa amanah, mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, dan inginkan kestabilan.


“Kerjasama tidak bermakna menyerahkan masa depan parti. Kerjasama bukan penyerahan,” tegasnya.

“Kita boleh bekerjasama tanpa kehilangan identiti. Berunding tanpa mengadaikan prinsip. Mencari persamaan sambil menghormati perbezaan.”

Zahid menegaskan Umno dan Barisan Nasional mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri, termasuk dalam menghadapi PRU16 dan PRN Melaka.

“Rumah ini ada tuannya. Rumah Umno ini ada tuannya. Tuan Umno ialah ahli-ahli Umno di seluruh negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.