Friday, September 18, 2026

Aaron mahu siasatan menyeluruh berhubung teater didakwa mengandungi unsur penghinaan

 Siasatan hendaklah mempertimbangkan segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan berkaitan, kata Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang.

aaron ago dagang
Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, seru penggiat seni, pencipta kandungan supaya dan pengguna media sosial supaya guna ruang kebebasan secara bertanggungjawab.
PETALING JAYA:
Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diminta menjalankan siasatan berhubung suatu pementasan teater yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara serta Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

“Siasatan hendaklah mempertimbangkan segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan berkaitan, termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan serta mana-mana undang-undang lain,” menurut kenyataan.

Menteri mengulas video pementasan yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Aaron menyeru penggiat seni, pencipta kandungan supaya dan pengguna media sosial supaya menggunakan ruang kebebasan secara bertanggungjawab.

“Tidak ada ruang untuk mana-mana pihak mempermainkan perkara yang menyentuh institusi raja, kedaulatan negara serta asas-asas yang membentuk kehidupan dalam negara kita,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa pihak penganjur dan mereka yang terlibat dalam sebuah pementasan teater yang tular kerana didakwa memperlekehkan Rukun Negara supaya memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.