Syarikat penerbangan itu turut naik enam anak tangga ke tempat ke-21 dalam kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia.

Manakala kru kabinnya mendapat tempat ketiga dalam kategori Kru Kabin Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia, iaitu meningkat lima tempat daripada tempat kelapan pada 2025.
Syarikat penerbangan itu turut naik enam anak tangga ke tempat ke-21 dalam kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia, sekali gus menandakan kemajuan dalam transformasinya yang disokong oleh pelaburan berterusan merentasi sumber manusia, produk, armada, rangkaian dan tawaran kepada pelanggannya.
Malaysia Airlines juga berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam beberapa kategori lain pada anugerah tahun ini.
Syarikat penerbangan itu naik dari tempat keenam ke tempat kedua dalam kategori Perkhidmatan Lapangan Terbang Terbaik Dunia, selain membuat penampilan sulungnya di tempat ke-18 dalam kategori Syarikat Penerbangan Kelas Perniagaan Terbaik Dunia.
Ia turut naik ke tempat ke-12 dalam Syarikat Penerbangan Kelas Ekonomi Terbaik Dunia, meningkat daripada tempat ke-16 pada 2025, dan naik ke tempat ke-11 dalam Syarikat Penerbangan Paling Bersih Dunia daripada tempat ke-12 sebelumnya.
Syarikat penerbangan itu juga mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 10 Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia, dengan meraih kedudukan ke-10 tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, Nasaruddin A Bakar berkata: “Pengiktirafan ini mencerminkan usaha kolektif kakitangan kami di lapangan terbang, di atas kapal dan di belakang tabir, yang bekerjasama setiap hari untuk memberikan Hospitaliti Malaysia sepanjang perjalanan pelanggan.
“Kejayaan ini dicapai selepas bertahun-tahun mendaki kedudukan global secara konsisten, sekali gus satu pencapaian penting bagi syarikat penerbangan kebangsaan ini, selain satu ganjaran atas usaha gigih pasukan kami,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semangat perkhidmatan yang mesra, bertimbang rasa dan konsisten adalah perkara yang membezakan pengalaman Malaysia Airlines.
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines akan terus mempelbagaikan produk dan tawaran perkhidmatan dalam pesawat sambil mengembangkan rangkaiannya bagi menyediakan lebih banyak pilihan serta kesalinghubungan kepada pelanggannya.
“Pembaharuan armada kekal sebagai bahagian penting dalam hal ini, dengan 29 pesawat baharu diterima setakat ini dan merancang untuk menambah armada kepada 117 pesawat moden menjelang 2035, sekali gus menambah kapasiti untuk menyokong pertumbuhan rangkaian.
“Ia juga disokong dengan tumpuan berterusan terhadap prestasi operasi, dengan prestasi tepat pada masanya purata 91.38% setakat tahun ini, yang secara konsisten melebihi sasaran,” katanya.
Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada pelan perniagaan jangka panjang MAG 3.0, dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia Airlines sebagai antara 10 syarikat penerbangan global teratas menjelang 2030. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.