Friday, September 4, 2026

Mekanik cedera ditembak

 Seorang daripada dua suspek bermotosikal lepas tembakan sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

pistol gun
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata mangsa berusia 43 tahun patah tulang tapak tangan susulan tembakan. (Gambar Envato Elements)
BUKIT MERTAJAM:
Mekanik cedera di tapak tangan kanan akibat ditembak di sebuah bengkel kenderaan terpakai berhampiran kawasan perkuburan Cina di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata kejadian berlaku pada 1.05 tengah hari semalam dengan mangsa berusia 43 tahun itu ditembak seorang daripada dua suspek lelaki menaiki motosikal.

“Mangsa yang cedera melarikan diri ke kawasan perkuburan Cina bagi menyelamatkan diri, manakala dua suspek meninggalkan tempat kejadian.

“Kejadian menyebabkan mangsa luka dan patah tulang tapak tangan,” katanya dalam kenyataan.

Nik Aminuddin Raja Abdullah
Nik Aminuddin Raja Abdullah.

Nik Aminuddin berkata, mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan beberapa barang kes dipercayai berkaitan dengan kejadian dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Muazzam Shaaban menerusi talian 017- 4825 017. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.