Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata polis juga menahan seorang lagi pelajar senior menjadikan dua suspek direman berkait kes itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata, pada hari kejadian mangsa baru selesai solat Maghrib di surau sebelum dipanggil seorang pelajar senior biliknya.
Katanya, mangsa juga diarahkan mengambil getah paip dari bilik air sebelum dibawa masuk ke bilik senior tersebut.
“Di dalam bilik tersebut, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan getah paip. Mangsa dipukul beberapa kali pada bahagian tapak kaki menggunakan getah paip.
“Mangsa kemudian diarahkan berdiri dan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan pada bahagian depan dan belakang badan sehingga rebah,” katanya yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata pada sidang media IPK Negeri Sembilan.
Alzafny berkata suspek yang panik melihat pelajar itu terbaring membawa mangsa ke katil dan cuba memberikan bantuan pernafasan selepas mendapati keadaannya semakin kritikal.
Katanya, suspek kemudian menghubungi warden asrama untuk memaklumkan keadaan mangsa sebelum pelajar itu dibawa ke hospital, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Beliau berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan 51 pelajar, empat guru dan lima warden bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban.
Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Susulan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun bermula 26 Sept hingga 1 Okt ini. Seorang lagi suspek direman bermula 28 Sept hingga 3 Okt ini.
Polis berkata, kedua-duanya pelajar berkenan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.