Mardhiyyah Johari berkata, isu itu tidak pula dibangkitkan ketika DAP dan PH perlu sokongan Umno untuk bentuk kerajaan perpaduan.

Perwakilan Kedah Mardhiyyah Johari berkata, isu berkenaan tidak dibangkitkan ketika DAP dan Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan Umno untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Masa mereka nak bentuk kerajaan dengan sokongan Umno, perkara ini tidak berbangkit, baru sekarang mereka kalut.
“Ini bukan reformasi, tetapi hipokrasi,” kata Adun Pengkalan Kundor itu ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.
Semalam Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa peguam negara untuk meneliti semula 47 tuduhan berkaitan rasuah melibat Zahid berkait dana Yayasan Akalbudi, disokong oleh Pemuda DAP hari ini.
Pemuda DAP berkata, agenda antirasuah kerajaan tidak sepatutnya mengecualikan orang politik dalam kalangannya sendiri, dan piawaian sama perlu terpakai secara menyeluruh.
Pada 2023, mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan (DNAA) Zahid, yang juga timbalan perdana Menteri, daripada 47 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, dan pecah amanah berkait dana Yayasan Akalbudi.
Menurut pihak pendakwaan ketika itu, DNAA diberikan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.
Bagaimanapun, pada Januari tahun ini, kes membabitkan Zahid diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan lanjut (NFA). - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.