Masiung Banah mahu kerajaan mengembalikan lantikan tetap dan menawarkan gaji lebih kompetitif bagi mengekalkan doktor serta pakar tempatan.

Adun Kuamut Masiung Banah mendakwa masalah kekurangan doktor dilihat semakin serius dengan nisbah bagi seorang doktor telah mencecah bagi setiap 400 populasi penduduk.

Beliau menekankan itu berkenaan memerlukan penstrukturan semula terhadap tawaran kerjaya dalam perkhidmatan kesihatan awam yang diharapkan mendapat perhatian pada Belanjawan 2027 bakal dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 9 Okt depan.
Menurutnya, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bersaing dengan tawaran gaji dan peluang kerjaya yang ditawarkan negara maju jika mahu mengekalkan doktor tempatan.
“Doktor tempatan dan graduan perubatan negara ini lebih memilih berhijrah ke luar negara kerana kurang berminat dengan sistem perkhidmatan secara kontrak ditawarkan.
“Selain itu, tawaran gaji lumayan serta kadar tukaran wang asing yang lebih tinggi di beberapa negara maju turut menarik minat mereka,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengembalikan sistem tawaran perkhidmataan jawatan tetap kepada doktor kerajaan termasuk doktor pakar dengan tawaran gaji baharu lebih konsisten.
“Tawaran lantikan secara kontrak hanya sesuai untuk doktor perubatan yang didatangkan dari luar negara,” katanya yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Sabah.
Penganalisis BIMB Securities Research Maliana Shaharudin pada Jul dipetik berkata cabaran utama sektor kesihatan ketika ini bukan berpunca daripada kekurangan graduan perubatan, sebaliknya kekurangan pakar perubatan serta kesukaran mengekalkan tenaga kerja mahir.
Keadaan itu dijangka menyebabkn kekurangan lebih 13,000 pakar perubatan menjelang 2030 sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan sistem penjagaan kesihatan negara untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat akibat penuaan penduduk dan peningkatan penyakit kronik.
Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah Dr Brandon Patrick Senagang menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan doktor di negeri itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.