Kejadian berlaku di landasan Stesen KTMB Jalan Limbungan di Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey, berkata dalam kejadian pada 11.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 60 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur.
“Lelaki itu telah memandu masuk ke laluan landasan kereta api dan bergerak sejauh 130m sehingga sampai di stesen berkenaan. Pihak KTMB berjaya mengeluarkan kereta itu daripada kawasan terbabit pada 1.40 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat oleh KTMB di bawah Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991.
Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kawasan landasan stesen kereta api dengan dakwaan pemandu di bawah pengaruh alkohol. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.