Menteri pendidikan berkata beliau faham keresahan ibu bapa dan meminta keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada mereka membuat persediaan.

Menurutnya, langkah itu disyorkan bagi mengelakkan ibu bapa terbeban urusan logistik mengambil dan menghantar anak berulang kali sepanjang tempoh penutupan berulang.
Pada masa sama, katanya, beliau memahami keresahan ibu bapa dan meminta keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan.
Bagaimanapun, jelasnya, bacaan indeks pencemaran udara boleh berubah mengikut masa dan lokasi, manakala penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di setiap kawasan.
“Pengurusan jerebu juga melibatkan tanggungjawab lebih luas. Jabatan Alam Sekitar berperanan memantau kualiti udara dan menangani isu pencemaran, manakala Kementerian Kesihatan memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan kepada masyarakat.
“Kementerian Pendidikan (KPM) pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.
Beliau berkata, pengalaman Covid-19 juga mengajar betapa besarnya kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran anak-anak, justeru usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan, khasnya apabila kemudahan pengajaran dan pembelajaran di rumah tidak sama bagi setiap murid.
“KPM akan terus memantau keadaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa. Terima kasih kepada semua ibu bapa atas pandangan dan kesabaran sepanjang kita berdepan situasi ini,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.