Saturday, January 18, 2014

EDISI KANTOI!!! ... TV3 KATA 1,000 ORANG, BERNAMA 3,000 DAN PENYOKONG UMNO 25,000 HADIR HIMPUNAN BANTAH PENGHINAAN TERHADAP NAJIB RAZAK!!



Hari ini, Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu.

TV3 melalui akaun twitternya memberitahu satu dunia bahawa jumlah pembela maruah Najib Razak yang hadir sekitar 1,000 orang.

Paling seronoknya tu ada seorang macai yang menjaga akaun FB atas nama Penyokong UMNO Penang pula menghebahkan 25,000 orang hadir.

Mengikut pengalaman Omak Kau .. sudah di ketahui umum kalau TV3 atau mana-mana media arus perdana milik UMNO termasuk BERNAMA angka kehadiran apa jua program dan perhimpunan yang dianjurkan atau melibatkan UMNO/BN mereka akan menghebahkan dengan berlipat kali ganda... Itu sudah rahsia umum satu dunia tahu.

Kalau TV3 dah laporkan 1,000 orang .. agak-agak berapa yang hadir? .. Sudah pasti jauh lebih rendah dari 1,000.

Jadi yang BERNAMA hebahkan 3,000 nampak sangat menipunya .. macai UMNO jangan nak ceritalah.

Kalau jumlah seramai itu pun BERNAMA dan TV3 boleh bercanggah ... bayangkan angka kehadiran yang jumlahnya sukar untuk dikira.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.