Saturday, January 11, 2014
STILL ALIVE AND KICKING !!!! ... WALAUPUN DOA DAN PERMINTAAN DARI SEGELINTIR MACAI UMNO MAU AGAR OMAK KAU MATI NAMUN DOA RAKYAT DAN PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI MAKBULKAN OLEH ALLAH SWT.
Mohon bacakan yasin untuk blogger pakatan yang sedang bertarung nyawa di hospital kerajaan Barisan Nasional... Maafkanlah segala fitnah beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional selama ini... Semoga pemergiannya dipermudahkan... Al-Fatehah... Amin...
Begitulah buyi ayat dari salah seorang penyokong UMNO yang begitu bersungguh-sungguh maukan diri Omak Kau lesap dari muka bumi ini.
Alasannya ialah Omak Kau sering memfitnah UMNO/BN dalam blog ini .... Omak Kau sering secara terbuka mencabar juak-juak UMNO/BN jika merasakan mana-mana jua artikel didalam blog ini berunsur dan bertaraf fitnah gred A .. dipersila buktikan dengan fakta dan angka ... namun sehingga kini tiada satu pun semenjak wujudnya blog ini 2 tahun yang lalu macai-macai dapat kemukakan bukti bahawa artikel tersebut adalah fitnah .. TIADA.
Apabila diri Omak Kau diberi dugaan besar oleh Allah SWT dengan mendapat sakit kencing tikus dan denggi serentak selepas pulang dari kerja-kerja amal membantu mangsa-mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini maka disitu terlihat jelas akhlak pekerti manusia yang sebenar.
Omak Kau tidak menafikan ada jua blogger pro UMNO yang baik hati mendoakan agar diri ini cepat sembuh kembali.
Paling Omak Kau kagumi ialah para penjenguk, pengkritik, penegur, peminat, pembaca dan pengitai blog ini yang se iya sekata bersama-sama mendoakan agar Omak Kau cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan.
Semasa menerima rawatan, pada awalnya Omak Kau di tempatkan di wad ketiga Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang . tidak putus-putus menerima kunjungan kasih sahabat dan ehsan dari rakan-rakan seperjuangan terutamanya dari Cabang Shah Alam dan Kapar sehinggakan ada Hamba Allah telah membiayai sepenuhnya agar Omak Kau dipindahkan ke wad kelas pertama .. Kepada Hamba Allah ini ribuan terima kasih diucapkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala baik budinya.
Omak Kau ingin mengucapkan ribuan terima kasih jua kepada para penderma, rakan-rakan seperjuangan dan berlawanan parti (mereka yang masih ada rasa kemanusiaan), yang mau Omak Kau sihat sepenuhnya agar kembali dalam arena blog demi memberi sedikit seri tapi paling utama membongkar segala bentuk penipuan, fitnah, penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN.
Ada rakyat diluar sana yang membuat solat hajat dan baca yassin agar diri Omak Kau cepat sembuh terutamanya dari Biro Penerangan dan AMK Selangor.
Ada yang akan menaja sepenuhnya keperluan vitamin tambahan kepada Omak Kau agar dapat membantu pemulihan dengan kadar segera.
Ada yang menyuarakan akan bernazar untuk berpuasa selama 3 hari apabila Omak Kau sembuh sepenuhnya nanti.
Para pengujung dan pelawat yang sudi menjenguk dan menziarahi Omak kau ribuan terima kasih juga Omak Kau ucapkan.
Ada juga YB-YB menghantarkan wakil mereka untuk memantau perkembangan kesihatan Omak Kau dan perlu memaklumkan terus kepada mereka setiap hari.
Omak Kau sedikit pun tidak berasa kesal dan terkilan dihinggapi penyakit ini hasil dari kerja amal misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa bencana banjir terburuk dalam sejarah daerah Kemaman.
Omak Kau kini sejak semalam sedang berehat dirumah dengan medikasi yang diberikan oleh para doktor yang cukup profesional dan dedikasi demi memastikan Omak Kau menerima rawatan yang sebaik-baik mungkin.
Mengenai serangan kebudak-budakan dari macai-macai UMNO yang mengatakan akhirnya bila sakit pergi jua ke Hospital kerajaan untuk menerima rawatan, Omak Kau enggan menjawab dan membalas komen tersebut.
Omak Kau ingin menyuarakan beberapa janji .. 1) Akan lawan penyakit ini ketahap paling maksima mengikut kemampuan Omak Kau ... 2) Akan terus menyumbang kearah apa yang Omak Kau tahu dan mampu iaitu berblog dan kerja-kerja kebajikan demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. 3) Bergerak cergas dan aktif dalam parti KeADILan demi memastikan wujudnya sebuah kerajaan baru dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat diluar sana membantu diri Omak Kau dengan mendoa dan memberikan kata-kata semangat dan Omak Kau pula semakin bersemangat mau menyumbang kearah UMNO/BN tumbang.
Ada rakan memberi kata-kata rangsangan dan semangat juang kepada Omak Kau dengan berkata " JIKA APA YANG OMAK KAU TULIS TIDAK MEMBERI KESAN DAN IMPAK KEPADA MINDA DAN JIWA RAKYAT, TIDAK MUNGKIN PARA MACAI UMNO MENYERANG GARANG DAN LANTANG OMAK KAU SAMPAI SANGGUP MENDOAKAN DIRI OMAK KAU MATI" ..... Jika difikir dan di renungkan secara ikut hukum akal logik ... memang ada kebenarannya.
Akhir kata MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.