Bekas peguam negara itu adalah antara empat individu yang dilantik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan bekas peguam besar negeri Sabah Mariati Robert.
Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].
“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2026 hingga 31 Okt 2028,” menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan Talat Mahmood Abdul Rashid sepanjang tempoh beliau menjadi anggota suruhanjaya ini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.