`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, November 1, 2026

Idrus Harun antara dilantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 Bekas peguam negara itu adalah antara empat individu yang dilantik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Empat individu termasuk bekas peguam negara Idrus Harun dilantik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini. (Gambar Jabatan Perdana Menteri)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik empat individu termasuk bekas peguam negara Idrus Harun sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan bekas peguam besar negeri Sabah Mariati Robert.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2026 hingga 31 Okt 2028,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan Talat Mahmood Abdul Rashid sepanjang tempoh beliau menjadi anggota suruhanjaya ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.