`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, November 1, 2026

Mayat wanita ditemukan terapung di Sg Kuantan

 Mayat wanita berusia 30an itu berbaju merah, berseluar pendek putih bercorak hitam, menurut polis.

garisan polis police line garisan kuning
Menurut polis, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
PETALING JAYA:
Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung dan tersangkut pada tali pelampung pukat di Sungai Kuantan dekat Jalan Besar hari ini.

Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita dianggarkan berusia 30an itu daripada orang awam pada 12.38 tengah hari.

Menurutnya, mayat wanita itu berbaju merah dan memakai seluar pendek putih bercorak hitam, lapor Bernama.

Beliau menambah, pemeriksaan pada mayat itu menemukan kesan calar berdarah pada dahi, namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.