`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, November 2, 2026

PRN Sarawak: DAP tanding 7 kerusi di Kuching, Bau

 DAP akan umum kerusi di Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu.

bendera dap
DAP sedang mempertimbangkan Batu Lintang sebagai kemungkinan kerusi yang akan ditandingi. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
DAP akan bertanding di tujuh kerusi di kawasan Kuching dan Bau pada PRN Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata kerusi berkenaan ialah Padungan, Pending, Batu Kitang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Tasik Biru dan Opar.

“Kami juga sedang mempertimbangkan kerusi Batu Lintang sebagai kemungkinan kerusi kelapan yang akan ditandingi,” katanya, lapor Bernama.

DAP akan mengumumkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi di Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, katanya.

Pada PRN 2021, DAP bertanding di 26 kerusi namun pertaruhannya hanya berhasil di Padungan dan Pending.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Nov bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak ke-13. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.