`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, November 1, 2026

VFive Group salur sumbangan kepada Peryatim Sarawak

 Syarikat itu berkata sumbangan bagi menyokong kebajikan dan pendidikan anak yatim di bawah jagaan Peryatim.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group Mohd Syafiq Abdullah terima plak penghargaan disampaikan oleh anak Premier Sarawak Abang Johari Openg, Dayang Norjihan.
PETALING JAYA:
VFive Group Sdn Bhd menyalurkan sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim) bagi membantu program kebajikan dan pendidikan anak yatim di negeri itu.

Sumbangan disampaikan sempena Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn Bhd bersama Peryatim baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri Premier Sarawak Abang Johari Openg menghimpunkan wakil sektor korporat, penaja dan penyumbang bagi mengumpul dana untuk program kebajikan serta pendidikan anak-anak di bawah jagaan Peryatim.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah, berkata penglibatan syarikat itu selari dengan usaha berkongsi manfaat hasil kejayaan perniagaan dengan masyarakat.

Katanya, kejayaan sesebuah syarikat tidak seharusnya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata, tetapi juga melalui sumbangannya dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha Peryatim menyediakan peluang pendidikan dan membina masa depan lebih baik buat anak-anak yatim di bawah jagaannya,” katanya.

Syafiq turut menekankan kepentingan kerjasama sektor korporat dalam memperluas sokongan terhadap kebajikan dan pembangunan potensi golongan kurang bernasib baik.

VFive Group menerusi Yayasan VFive turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat merangkumi bantuan kebajikan, sokongan pendidikan dan pembangunan komuniti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.