Syarikat itu berkata sumbangan bagi menyokong kebajikan dan pendidikan anak yatim di bawah jagaan Peryatim.

Sumbangan disampaikan sempena Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn Bhd bersama Peryatim baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri Premier Sarawak Abang Johari Openg menghimpunkan wakil sektor korporat, penaja dan penyumbang bagi mengumpul dana untuk program kebajikan serta pendidikan anak-anak di bawah jagaan Peryatim.
Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah, berkata penglibatan syarikat itu selari dengan usaha berkongsi manfaat hasil kejayaan perniagaan dengan masyarakat.
Katanya, kejayaan sesebuah syarikat tidak seharusnya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata, tetapi juga melalui sumbangannya dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
“Kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha Peryatim menyediakan peluang pendidikan dan membina masa depan lebih baik buat anak-anak yatim di bawah jagaannya,” katanya.
Syafiq turut menekankan kepentingan kerjasama sektor korporat dalam memperluas sokongan terhadap kebajikan dan pembangunan potensi golongan kurang bernasib baik.
VFive Group menerusi Yayasan VFive turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat merangkumi bantuan kebajikan, sokongan pendidikan dan pembangunan komuniti. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.