Hari ini dalam sejarah!! Inilah ungkapan yang paling tepat untuk dinyatakan apabila Rosmah Mansor akhirnya nekad untuk meninggalkan Permata Negara apabila usaha Permata Negara dilayan dengan tidak adil dan peruntukkan yang rendah yang diberikan. Wakil Rosmah Mansor iaitu Zamzarina Zamri dari segmen "Apa Kata Wanita" telah membentangkan peruntukkan terkini dan Rosmah Mansor terkedu melihat peruntukkan yang diberikan dan akhirnya nekad melepaskan Permata Negara.
"Permata akhirnya dikatakan kaca.."
"tidak pandai menilai antara permata dan kaca dan itulah masalah rakyat Malaysia sebenarnya"
Berita lanjut yang disiarkan oleh Zamzarina Zamri yang membuatkan Rosmah Mansor nekad meninggalkan Permata Negara adalah seperti berikut:-
Kenyataan Rasmi wakil Rosmah Mansor berhuung Permata Negara....
Kenyataan Rasmi Pembentangan Budget Untuk Permata Negara yang mana parlimen sendiri tidak mengetahui pecahan peruntukkan sebenar namum Zamzarina Zamri mampu memberikan pecahan tersebut dengan terperinci.
JIka budak sekolah tadika buat kira-kira maka penjelasan kaki ampu Rosmah Mansor dengan jelas memberi pengiraan yang berjumlah seperti berikut:
Pra Sekolah MOE : 587.5 Juta
Tadika Kemas : 532 Juta
Tabika Perpaduan : 68.7 Juta
JUMLAH KESELURUHAN: 1.188 Billion dan baki yang tinggal dengan pengiraan ini untuk permata mengikut pengampu Rosmah Mansor adalah : 12 Juta
Betul ke Permata dapat 12 Juta sahaja? Berapa peruntukkan untuk Permata pada 2012? Mencecah ratusan juta and sangupkah Rosmah mansor terus menerajui Permata Negara dengan peruntukkan sedemikian rupa.
Agak memalukam, apabila fakta yang jelas di depan mata disorok dan pelbagai cerita direka untuk membaik pulih imej Rosmah Mansor yang sememangnya tidak sukai oleh rakyat.
Kenapa perlu wujud perbezaan program pada dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dengan wujudnya permata, tabika kemas, tadika perpaduan dan sebagainya? Bukankah setiap anak itu warganegara Malaysia dan berhak mendapat pendidikan yang adil dan samarata pendedahannya kepada semua.
Jika kita lihat peranan Permata, mereka bukan shaja mengendalikan Permata malahan terlibat secara tidak langsung denagn program-program di Tadika Keas & Tadika Perpaduan . Bukankah dengan itu Rosmah Mansor sebenarnya mengawal dana 1.2 Billion peruntukan bagi pendidiakn awal bagi kanak-kanak.
Tidak salah jika Kementerian Pelajaran & Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat yang menguruskan program ini tetapi ianya amat salah dari segi etika apabila isteri perdana menteri yang bukan seorang kakaitangan awam mahupun ahli parlimen diberikan kuasa dengan dana yang sebesar itu.
Ahli parlimen sendiri tidak diperuntukkan dengan kuasa kewangan sebesar itu dalam memajukan ekonomi dan pembangunan kawasan mereka dan semua projek kawasan mereka diuruskan oleh kementerian.Dimanakah kehebatan Permata yang mesti dikelolakan oleh Rosmah Mansor?
Ahli parlimen sendiri tidak diperuntukkan dengan kuasa kewangan sebesar itu dalam memajukan ekonomi dan pembangunan kawasan mereka dan semua projek kawasan mereka diuruskan oleh kementerian.Dimanakah kehebatan Permata yang mesti dikelolakan oleh Rosmah Mansor?
Persoalan ini bukan sahaja dikalangan rakyat tetapi ramai juga ahli politik Barisan Nasional menggaru kepala kerana tidak mampu menjawab secara rasional apabila disoal kenapa ianya dibawah Isteri Perdana Menteri bukan dibawah kementerian yang sepatutnya.
Harap kita nantikan sama-sama jawapan atau sambungan cerita Zamzarina Zamri dalam terus memperjuangkan Rosmah Mansor dan Permata Negara.
By Author MalaysiaCrisis
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.