Wednesday, November 28, 2012

Ultras Malaya - Singapore Itu Anjing (AFF suzuki 2012)



Lihat lah dengan mata sendiri. Ini semua sikap Melayu yang supremacy, angkuh dan sombong, sikap menghina, mencaci tiada beradab. 
Ini lah hasil dari kecacatan sistem pembelajaran negara kita, walaupun ajaran Islam dididik dari kecil hingga dewasa tapi sikap kecelakaan ini dan sikap supremacy inilah menjadikan masyarakat Melayu akan disingkirkan oleh dunia luar. 
SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=NtwHyzdUMe8 
Hidup Melayu ... apa guna hidup Melayu yang bersikap sedemikian, cuma melecehkan imej negara, menjadikan Malaysia sebuah negara yang tiada bertamaddun.  
Apa yang menghairankan anggota pemuda PAS sanggup menghalau Elton John memasuki Malaysia, tetapi terlupa sikap anak muda Melayu begitu liar dan biadap? Adakah Pemuda PAS kurang sensitif dengan gelagat anak muda Melayu semakin hari semakin runtuh akhlak dan moral? Adakah pemuda PAS tidak menyedari mereka cuma anggota penubuhan politik sahaja tetapi bukan dapat apa-apa lesen dari Allah untuk memperjuangkan Islam? Siapakah yang memberikan kuasa untuk Pemuda PAS sebagai moral polis? 
Kalau Pemuda PAS gian sangat menentang Elton John, eloklah mendidik dan menghapuskan budaya menghina dari anak muda Melayu Islam dahulu.  

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.