Tuesday, January 29, 2013

Polis Kejam - Enggan benarkan post mortem ke-2


Hampir 50 orang mengadakan bantahan aman di hadapan ibu pejabat polis di Bukit Aman kerana tidak berpuas hati diatas tindakan polis yang enggan dan menolak permintaan pihak keluarga C Suguran untuk mengadakan post mortem ke-2 dan menyiasat kematian itu di bawah kes bunuh.

Pathologist Dr Mohd Azaini Ibrahim daripada Hospital Serdang Hospital membuat post mortem ke atas mayat  Sugumaran berkata bahawa dia telah mati akibat serangan jantung!

“Tidak ada kecederaan lain yang boleh menyebabkan kematiannya” jelas Abdul Rashid, OCPD Kajang di sini

N. Surendran, Naib Presiden PKR menyifatkan tindakan ini adalah bertentangan dgn undang-undang; satu keputusan yang bermaksud untuk menutup kebenaran. 

Beliau juga mendakwa pihak polis tidak mahu mengambil tidakan keatas mereka yang melakukan pembunuhan dan polis melindungi mereka.

Susulan itu, PKR merancang untuk mengusung keranda ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendesak kerajaan bersetuju bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat C Sugumaran dan kematiannya disiasat sebagai kes bunuh. Baca di sini

Sila ikuti rakaman videoklip berikut : 

- al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.