Tuesday, April 30, 2013

HOT : Luahan Cikgu Yang Tertekan Di Paksa Sokong BN.


Pelik2.

Aku ada menerima maklumat dari seseorang. Berikut adalah apa yang ingin disampaikan ;

1. Ada pengetua di sebuah sekolah tue, jenis suka kacau hak/privacy guru2 di sekolah tersebut.

2. Dia punya ganguan tue sebenarnya ganguan bermotifkan politik.

3. Dia telah melakukan ugutan dan memaksa semua guru2 agar menyokong dan memangkah barisan nasional atau bersedia menghadapi AKIBAT, kesan daripada tidak memangkah barisan nasional.

4. Berikut antara luahan guru2 yang menjadi mangsa oleh pengetua tersebut  ;



Gambar pengetua tue pun ada sekali. Nama sekolah yang dimaksudkan pun ada. Location kelantan, kawasan Kota Bharu. Jikalau benda neh dibawa ke peringkat tertinggi apa jaminan cikgu2 yang tertekan dan di ugut secara membabi buta neh tidak akan berhadapan dengan tindakan BIAS disebabkan mereka tidak menyokong BN? Kalau la ada keadilan, aku memang setuju sangat kes neh disiasat.Kesian kat cikgu2 yang jadi mangsa beb. 

Sebenarnya hak untuk mengundi dan memangkah sesiapa saja hak masing2. Apa jadah ko nak ugut2 orang supaya pangkah BN. Dan yang lebih teruk, si pengetua tue siap cakap lagi. Sesiapa yang undi PR boleh dikesan sebab dalam kertas2 undi yang undi PR akan ditanda. Aik, ditanda? Wahh.

JANGAN SAMPAI KAMI DAPAT RAKAMAN UGUTAN itu ya ENCIK PENGETUA.

Hehe.

Apa pun kepada guru2 yang bakal menjadi mangsa keadaan sila la berbuat langkah2 tertentu untuk kantoikan pengetua yang menzalimi anda. Hak anda untuk mengundi sesiapa sekalipun. Nak pangkah BN ataupun PR mahupun calon BEBAS, hak masing2. Aku, ko dan sesiapa saja tidak boleh memaksa ko mengundi mana2 pihak yang ko tak ingin UNDI.

Faham?

Oke bai.  

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.