Thursday, May 30, 2013

TERKINI! WAN AZIZAH & PEMBANGKANG TAK HORMAT PERLEMBAGAAN & YANG DI-PERTUAN AGUNG.... #blackout505

Inilah masaalahnya apabila kepimpinan pembangkang menterjemahkan sistem negara ikut suka hati mereka sahaja. Katanya ramai peguam dalam pembangkang tetapi di manakah mereka jika tidak dapat menasihati kepimpinan pembangkang tentang fundamental SPR?


Akibatnya, Presiden PKR dan Pembangkang tampak kurang bijak dan memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

Gesaan pembangkang supaya pengurusan tertinggi SPR meletakkan jawatanseolah-olah tidak menghormati Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain. 
Menurut Ahmad Atory, kuasa perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan lima anggota lain dalam SPR adalah di bawah Agong
“Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan jika Agong bertitah sedemikian maka barulah kena pada tempatnya (pentadbiran SPR meletakkan jawatan),” katanya mengulas tindakan pembangkang yang mahukan pentadbiran SPR meletakkan jawatan atas alasan penipuan dalam PRU13, 5 Mei lalu. 
Justeru katanya, bukan sewenangnya mana-mana pihak boleh minta pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan tersebut. 
Gesaan itu juga dikemuka Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan ekoran dakwaan kegagalan badan itu adakan pilihan raya yang bersih. 
Susulan itu, pembangkang mengadakan perhimpunan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap keputusan PRU13. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendakwa kemenangan PR di ambil BN selain menuduh SPR mengkhianati amanah rakyat dengan memberi  kemenangan kepada BN.
Tuduhan terhadap SPR termasuk isu dakwat kekal, pengundi hantu, keraguan kertas undi, dan lampu padam di pusat kira undi - Utara News
Realitinya, SPR telah menjawab dengan panjang lebar segala fitnah pakatan pembangkang : KLIK SINI

Malah, kenyataan Wan Azizah itu tentu mengingatkan kita kepada dakwaan Anwar kononnya 95% anggota polis sokong beliau dan Pakatan pembangkang : KLIK SINI

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.