Saturday, June 28, 2014

Persatuan Hindu marah perbuatan letak kepala lembu di rumah Rayer

Seorang anggota keluarga Adun Seri Delima R.S.N. Rayer dilihat berbual melalui telefon di luar kediaman mereka, di mana kepala seekor lembu dibiarkan, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2014.Seorang anggota keluarga Adun Seri Delima R.S.N. Rayer dilihat berbual melalui telefon di luar kediaman mereka, di mana kepala seekor lembu dibiarkan, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2014.
Pertubuhan Hindu Sangam hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala lembu yang disiat kulit dan masih berdarah di depan rumah Adun Seri Delima, Pulau Pinang, R.S.N. Rayer.
Presidennya Datuk RS Mohan Shan menyifatkan ia satu penghinaan kepada agama Hindu yang menyifatkan lembu sebagai binatang suci yang membawa kebaikan.
"Lembu adalah binatang suci untuk semua penganut Hindu, kami hormati setiap bahagian dari lembu termasuk kepalanya," kata Mohan kepada The Malaysian Insider.
Isteri Rayer, yang mengundang kemarahan Umno selepas kenyataan "Umno celaka" sebelum ini, menjumpai kepala lembu itu di luar pagar rumah mereka pagi tadi.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.