Pertubuhan Hindu Sangam hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala lembu yang disiat kulit dan masih berdarah di depan rumah Adun Seri Delima, Pulau Pinang, R.S.N. Rayer.
Presidennya Datuk RS Mohan Shan menyifatkan ia satu penghinaan kepada agama Hindu yang menyifatkan lembu sebagai binatang suci yang membawa kebaikan.
"Lembu adalah binatang suci untuk semua penganut Hindu, kami hormati setiap bahagian dari lembu termasuk kepalanya," kata Mohan kepada The Malaysian Insider.
Katanya, lembu tidak sepatutnya dihina dan digunakan untuk memburukkan pihak lain kerana perbuatan tersebut tidak menghormati haiwan tersebut.
Isteri Rayer, yang mengundang kemarahan Umno selepas kenyataan "Umno celaka" sebelum ini, menjumpai kepala lembu itu di luar pagar rumah mereka pagi tadi.
MENYUSUL LAGI
- TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.