Ramadhan pertama 1435 H, Alhamdulillah disamping dapat ziarah pusara abah, dapat melawat makcik sebelah emak di Gadong dan makcik sebelah abah di Tanjong. Sempat juga solat jemaah Asar di Masjid Kariah Kg Gadong.
Bila nak solat, imam ialah yang tukang azan, makmum saya, dan ada seorang anak kecil lelaki yang masih tadika rasanya, anak tukang azan. Selesai azan saya tanya tukang azan, dia Imam, Bilal atau Siak ke. Dia kata dia ahli kariah saja.
Di veranda masjid kelihatan bungkusan surah Yasin telah dibuka dan beberapa surah bersepah sedikit, tetapi tidak koyak, masih elok.
Ahli kariah masjid tadi kata, ini kerja kera-kera yang ada di kampung tersebut.
Kerusi pun sedikit tidak tersusun dengan beberapa putik rambutan, mungkin angkara kera.
Apakah senario yang sama juga berlaku di masjid-masjid lain di Rembau dan kampung-kampung lain di Negeri Sembilan?
Apabila manusia, orang Melayu, orang Islam tidak mahu lagi berjemaah di masjid di bulan Ramadhan ini, ALLAH kirimkan kera-kera sebagai peringatan.
Sebelum buka puasa ini, marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh masjid di Negeri Sembilan ini makmur dengan solat jemaah pada setiap waktu dan makmur dengan majlis ilmu.
Alhamdulillah, insyaAllah selepas ini berbuka puasa dengan emak pula.
Selamat Berbuka Puasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.