Monday, July 28, 2014

SUNNAH DI AIDIL FITRI


Sunnah di Aidil Fitri

1) Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Imam Syafie - malam raya, doa tidak ditolak.

2)Mandi sunnah. Bermula tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan disunnahkan dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.

3)Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan mengemaskan janggut.

4)Berwangi-wangian dan berhias, samaada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, samaada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.

5)Memakai pakaian yang terbaik. Tidak mesti berwarna putih.

6)Segera ke masjid untuk menunaikan solat.

7)Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.

8)Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

9)Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari hingga sebelum menunaikan solat hari raya.

10)Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.

Kaifiah Solat Hari Raya

Sama seperti solat sunnah biasa, tetapi disunnahkan dilakukan:

1) Takbir selepas doa iftitah, sebelum membaca Al-Fatihah, sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.

2) Mengangkat tangan setiap kali takbir tersebut.

3) Membaca setiap kali selepas takbir: سُبحَانَ الله وَالحَمْدُ لله ولا إِلَهَ إِلا الله وَاللهٌ أَكْبَر

4) Imam berkhutbah dengan dua kali khutbah selepas solat, dan makmum disunnahkan mendengarnya.

Bacaan Takbir

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله الله أكبر
الله أكبر وللهِ الحَمْد
الله أكبر كَبِيرا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاُ
لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ
لا إِلَهَ إِلا الله وَحْدَه صَدَقَ وَعْدَه وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَه
لا إِلَهَ إِلا الله اللهُ أَكْبَر
الله أكبر ولله الحَمْد

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/07/sunnah-di-aidil-fitri.html#ixzz38iPHaZP3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.