Wednesday, November 5, 2014

Harga rokok naik lagi mulai esok

Kenaikan harga rokok kali ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014. – Gambar fail Reuters, 4 November, 2014. Kenaikan harga rokok kali ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014. – Gambar fail Reuters, 4 November, 2014. 
Harga rokok naik sebanyak RM1.50 mulai esok, 5 November 2014. Antara jenama rokok tersebut adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd, kenaikan ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.
British American Tobacco Malaysia (BAT) sebelum ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 pada 8 September 2014.
Selain itu, pada 30 September tahun lalu juga menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.