Sunday, June 21, 2015
PESERTA PERHIMPUNAN KHAS MIC DIBAYAR?????
Terdapat dakwaan mereka yang menghadiri Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibayar.
Beberapa orang awam yang berpakaian putih bertulis ‘Saya sokong G.Palanivel’ dan menggantungkan tag ‘sukarelawan’ yang didekati memberitahu mereka hadir kerana dijanjikan wang, makan tengah hari dan minum petang.
Seorang lelaki yang enggan membenarkan namanya ditulis mengakui dia dibayar RM50 untuk hadir ke perhimpunan itu.
Apabila ditanya siapa yang membayarnya, lelaki itu menjawab, “Kawan yang bawa, kawan yang bayar.”
Manakala seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Saraswathy mendakwa dia dijanji dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan itu.
“Saya bukan ahli MIC atau mana-mana parti. Mereka beri makan tengah hari tetapi oleh kerana sangat lapar saya mencari kalau-kalau minum petang disediakan. Kami semua sangat lapar,” ujarnya yang dibawa bersama 40 orang rakan yang lain dari Padang Jawa, Shah Alam.
Ketika ucapan Jawatankuasa Tertinggi MIC sedang berlangsung di dalam dewan Tun Hussein Onn, kelihatan warga emas, wanita termasuk kanak-kanak berlegar di luar dewan.
Sebelum ini, Palanivel bersama pemimpin yang lain menyangkal mereka yang datang telah dibayar.
Sebaliknya kehadiran peserta dan perwakilan berkenaan atas semangat menyokong Presiden MIC dan kepimpinan beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.