Saturday, November 28, 2015
Bapa terkejut mesej WeChat dedah anak gadis lakukan hubungan seks
kepada remaja 13 tahun membuat laporan polis susulan penemuan bukti anaknya melakukan hubungan seks dengan lelaki 23 tahun. -Gambar hiasan
KAMPAR: Seorang bapa kepada remaja perempuan berusia 13 tahun membuat laporan polis susulan penemuan bukti anaknya telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 23 tahun.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata bapa mangsa terkejut apabila terbaca pesanan ringkas tentang kejadian tersebut melalui aplikasi WeChat di telefon bimbit milik anaknya.
Bapa remaja bawah umur berkenaan kemudian membuat laporan polis yang menjurus kepada penangkapan suspek yang disyaki merogol anak perempuannya itu.
Menurut Ng, kejadian berlaku apabila suspek dan mangsa berkenalan pada 8 Nov lalu melalui aplikasi mudah alih berkenaan sebelum bersetuju untuk bertemu di Pekan Kampar enam hari kemudian.
"Selang beberapa hari, suspek dan mangsa kemudian berjumpa lagi pada 20 Nov dan suspek kemudian mengajak mangsa melakukan hubungan seks di Tandas Awam Plaza Kranji, Jalan Market.
"Walau pada awalnya mangsa menolak, dia akhirnya akur dengan kehendak suspek setelah suspek berjanji tidak akan meninggalkannya," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Ng, suspek mengulangi perlakuannya itu dua hari kemudian di tempat yang sama.
Menurutnya lagi, kejadian itu akhirnya terbongkar apabila bapa mangsa terbaca mesej berkaitan di aplikasi WeChat anak perempuannya itu.
"Mangsa kemudian menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya sebelum dibawa ke Balai Polis Malim Nawar untuk membuat laporan polis.
Mangsa kini dihantar ke unit pakar O&G di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi tujuan pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.