Saturday, November 28, 2015
Wanita Ini, Dah Hilang Wang, Cedera Pula.. Peragut,Wajarkah Dipotong Tangan?
Melaka: Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan berjalan seorang diri dan tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang menunggu peluang itu telah mendekati mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.
“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut,"katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk mendidik masyarakat supaya tidak berleluasa kecurian, rompakan, ragut dan pelbagai jenayah berkaitan dengannya, maka penjenayah-penjenayah tersebut pernah dihukum potong tangan di khalayak ramai.
Lihat sejarah, hukuman begini pernah dilaksanakan di awal kelahiran Islam di zaman Nabi Muhammad SAW di tanah Arab, dan berjaya mendidik. Bahkan pernah dipraktikkan oleh kerajaan Islam Aceh dan pemerintahan Melayu Melaka, di Alam Melayu.
Wajarkah ia dikaji semula? (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.