Susulan viralnya video seorang lelaki mendakwa dirinya dianiaya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini, lelaki yang sama tampil memberikan penjelasan kedua mengenai perbualannya dengan Pengarah JPJ Pulau Pinang.
Pengarah JPJ Pulau Pinang suruh saya jangan bising-bising. Apa ni? Selanjutnya http://goo.gl/jxSIVz
Posted by My Media Hub on Tuesday, December 29, 2015
"Bila saya tanya Pengarah JPJ Pulau Pinang, dia suruh saya bayar saman itu meskipun kereta itu bukan dimiliki oleh saya lagi. Kereta itu bolos dari JPJ, orang lain yang gunakan.
"Individu terbabit hanya membayar saman yang dikenakan pada namanya, manakala saman terhadap kenderaan itu pula saya terpaksa tanggung kerana masih di atas nama saya. Apa punya Pengarah JPJ ini? Seorang pengarah yang mempunyai latar belakang akademik yang bagus boleh berkata seperti itu?
"Selepas itu saya bertanya lagi, bagaimana jika perkara ini berlaku pada dirinya sendiri. Sebaliknya dia menyuruh saya jangan bising-bising.
"Bising-bising? Dia berkata begitu seolah-olah dia mencubit anaknya sendiri dan memberikan amaran agar jangan menangis. Begitu? Ini melibatkan hidup dan nyawa saya.
"Kalau JPJ buat perkara ini walaupun salah, tak apa. Tetapi kalau pengguna buat salah sikit seperti isu nombor plat yang lalu, JPJ siap ukur dengan pembaris dan bila tak kena saja, saman. Tetapi bila JPJ buat salah, semua tak apa? Semut lalu depan mata nampak tetapi gajah?
"Lalu saya memberitahu dia bahawa tidak mengapa dia menganiaya saya seperti ini dan di akhirat kelak mereka akan menjawab. Jawapan balas yang diberikannya pula sangat mengejutkan.
"Dia kata di akhirat kelak dia boleh jawab dan dia tak hairan. Hebat manusia ini. Bagaimana orang awam nak hormat JPJ dengan perangai begini?" katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.