Wednesday, December 30, 2015

WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN

WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN


Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. 

Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. 


Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. 

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. 


Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. 

Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? 


Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya. Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin [Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.


Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.