Tuesday, January 26, 2016

Dulu Rosmah Pulangkan Cek Putera Arab..Hari Ini Najib Pula Pulangkan RM2.03 Billion Kepada Pak Arab..


"Sekali lagi Perdana Menteri kita membuktikan kepada kita betapa mulianya dirinya, derma yang diterima dengan begitu besar jumlahnya telah dipulangkan kembali begitu saja kepada pendermanya..

"Ianya dipulangkan kerana Najib hanya mengunakan sikit saja dari derma yang berjumlah RM2,600,000,000.00 yang dimasukkan kedalam akaun peribadinya..

"Najib juga membuktikan kepada kita dirinya adalah pemimpin sebuah keluarga yang sangat mulia keperibadiannya dimana suatu masa dulu Isterinya juga pernah memulangkan berpuluh-puluh cek milik Putera Arab yang ditemuinya semasa belayar..

"Rosmah memulangkan cek-cek tersebut kepada Putera Arab manakala Najib pula memulangkan semula RM2.03 Billion baki dari yang diterimanya dari Pak Arab..  selain Najib dan Isterinya tiada insan yang begitu mulia didunia ini seperti mereka berdua.. ulasan Pemakan Dedak

Ni kisah Rosmah pulangkan cek..

Kononnya... semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.. dongeng sepenuhnya bacalah di SINI

Laporan berkaitan..

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup ~ Malaysiakini

Bodoh sangatkah kita?..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.