Saturday, May 28, 2016

Timbalan Speaker Dun Kedah Nafikan Dakwaan Kononnya Dia Tumbuk Orang Depan Aman Central



Sejak semalam viral di laman sosial seorang lelaki mendakwa dia dan teman wanitanya telah ditumbuk oleh seorang VIP iaitu Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain di hadapan pusat membeli belah di Alor Star 15 Mei lalu.

Rakaman berdurasi 33 saat itu menunjukkan berlaku pergelutan seorang lelai bersama tiga individu lain di mana dakwa lelaki berkenaan Azmi merupakan salah seorang lelaki tersebut.

Kerana dakwaan itu, Azmi telah tampil membuat kenyataan di mana katanya beliau hanya cuba meleraikan keadaan di mana Azmi mendakwa pemuda berkenaan seolah-olah melakukan provokasi dan kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

“Saya cuba leraikan pergaduhan berkenaan, tetapi saya pula yang dituduh.”

“Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Adun Bayu berkenaan, lelaki itu kemudiannya bertindak agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya hingga terjatuh.

“Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

“Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu,”katanya.

Beliu turut mendakwa lelaki berkenaan cuba memutar belit fakta kejadian sebenarn apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

"Kejadian itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut sendiri."

“Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

“Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk,” katanya.

Azmi dalam pada itu mendakwa insiden yang merupakan salah faham ini sengaja diviralkan oleh pihak yang mempunyai agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.

Selain itu, beliau turut mengakui mengenali individu berkenaan yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.

“Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA,”katanya.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

“Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semasa membuat laporan polis ketika hari kejadian pengadu dikatakan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.