Tuesday, July 5, 2016

[VIDEO] Shafie Apdal Keluar UMNO, Rakyat Sabah Bangkit

Shafie umum keluar Umno

SHAH ALAM – Susulan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno sebelum ini, Datuk Shafie Apdal hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti berkenaan.

Menurut Shafie, walaupun telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.


“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebentar tadi

24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno(MT) memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang Umno, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam Umno," katanya.

Dalam ucapannya, Shafie mengingatkan rakyat di negeri itu agar tidak menjual undi mereka hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi tempoh lima tahun berikutnya.

“Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebab bangsa atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya,” katanya yang disambut sorakan oleh penyokong yang hadir di program tersebut.

Selain itu, dalam sidang media selepas pengumuman itu, Shafie turut menafikan dakwaan yang menyebut beliau menyertai parti lain.

Beliau turut memaklumkan masih belum memutuskan perancangan untuk masa depan politiknya selepas ini.



ULASAN GB

Gelombang kebangkitan rakyat Sabah begitu ketara dengan kehadiran ribuan rakyat di perhimpunan Shafie Apdal di atas.

Ertinya rakyat Sabah sudah celik. Mereka tidak mahu lagi menjadikan Sabah sebagai "simpanan tetap" UMNO/BN.

Peringatan dari Shafie untuk rakyat Sabah adalah jelas:

Shafie mengingatkan rakyat di negeri itu agar tidak menjual undi mereka hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi tempoh lima tahun berikutnya.

Sebagai seorang Naib Presiden UMNO, tentunya pengaruh Shafie Apdal bukan sedikit khususnya di negeri Sabah.

Mohd Salleh Tun Mohd Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Abdul Rahman Dahlan, Menteri di JPM tidak besar mana pengaruhnya di kalangan rakyat Sabah berbanding Shafie Apdal.

Kedua-duanya boleh menganjurkan perhimpunan sepentas dan melihat apakah rakyat Sabah menyokong mereka seperti sokongan yang diberikan keapda Shafie Apdal. Ada berani?



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.