Thursday, March 30, 2017

Ada Hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian 1

Image result for hadi, najib dan RUU355Image result for hadi, najib dan RUU355

Saya mahu poskan artikel ini, malam ini. Baru sebentar dapat makluman bahawa Najib tidak akan bentangkan RUU355. Pejuang Islam dalam PAS serata negara mengatakan tidak apa- aspirasi Islam PAS tetap membara. Apa yang mereka boleh kata?

Mereka boleh lah kata apa sahaja yang mereka mahu untuk mengubat hati nan luka. Fakta nya, ialah PAS sudah ditipu lagi oleh UMNO. PAS boleh terus berkata yang kena tipu bukan orang PAS tapi semua umat Islam di Malaysia. 

Mungkin PAS tidak dengar agaknya, PAS tidaklah mewakili semua umat Islam di Malaysia. Bukan semua orang Islam percayakan PAS dan ada sebahagian besar orang Melayu, menerima bahawa ada cara lain memuliakan Islam.

Itu karakter Najib yang sebenar. Mengapa PAS tidak mahu belajar karakter Najib dari skendel 1MDB? Mungkin pemimpin PAS dalam parlimen tidak faham isu ini. Atau tidak peduli. Bukankah nampak jelas dari 1MDB- Najib ialah seorang yang tidak amanah, suka berbohong, bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang dari 1MDB dan sifat2 keji yang lain? Namun PAS merasakan boleh berkawan dengan orang yang seperti ini.

Mari kita lihat karakter Najib secara lebih mendalam.

Semalam, saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan dari Pekan, Pahang. Kata nya-awak bersyarah macam mana pun, tak lut kat orang Pekan. Dia kata- semua orang Pekan tahu Najib Razak adalah perompak nombor 1. Tapi orang Pekan akan terus sokong Najib. Nak buat macam mana- katanya, memang fiil orang Pekan demikian. Walaupun Najib itu bapak perompak, mereka akan tetap memilih Najib.

Saya tidak terkejut dengan pandangan seperti ini. Sedikit sebanyak, saya pun tahu saikoloji orang Pekan.

Saya percaya pada kebenaran pandangan tersebut. Memang orang Pekan demikian. Mereka akan lupa bahawa Najib itu perompak besar. Attention span orang Pekan tidak lama.

Mereka pun lebih kurang politik cara sebahagian orang asli. Last in first out. Yang menyentuh mereka kali akhir lah yang mendapat layanan utama. Maka pada saat akhir, bila Najib beri gula2 dan ole2, maka Najib lah yang diutamakan.

Tapi itu orang Pekan. Biarkan mereka demikian. Saya tetap dengan pendirian saya bahawa tidak ada negara yang boleh kekal berjaya dengan pemimpin, pimpinan dan kerajaan yang korap dan bengap/inept. Najib percaya semua masaalah selesai dengan membeli orang yang bising mengenai nya. Dia ingat selesai masaalah dengan membayar pengacau.Dia ingat dia boleh membeli kesetiaan rakyat.

Rakyat mahu tahu mengapa orang bising? Mengapa orang hendak kacau? Itu bukan kerja main2 dan menanggung risiko.

Kita bukan hendak jatuhkan kerajaan- kita hendak tubuhkan kerajaan baru. Dan rahsia kejayaan sesebuah kerajaan ialah menentukan ianya ditadbir oleh orang2 baik.

Dibawah Najib, kerajaan nya penuh dengan penyamun dan pegawai korap. Dan tidak ada yang lebih korap dan tamak haloba dari Najib Tun Razak. Maka, sama dengan ‘kedegilan’ orang Pekan, tapi berlawanan pendirian, buat macam mana pun, saya rasa Najib membawa malang kepada negara kita.

Saya harap orang Melayu ditempat lain mempunyai prinsip yang berlainan dari orang Pekan. Orang Pekan pun ada prinsip- seperti yang saya katakan tadi. Siapa yang tahu mana benar, mana salah, mana untung, mana rugi? Mungkin orang Pekan pun geliga otak mereka- mereka mencongak cost-benefit analysis. Mereka kata, pencuri pencurilah, kawan tetap sokong Najib, wok.

Jadi untuk sementara ini, biarkan mereka dengan prinsip mereka. Kata orang, Siluncai terjun dengan labu2 nya- biarkan biarkan. Kita harap dan berusaha untuk mengubah pemikiran mereka. Bahawa masa depan mereka dan bangsa bukan dalam tangan Najib, tapi dalam tangan sendiri. Langkah pertama ialah tukar Najib dan kerajaan nya.

Kepada mereka, Najib  membawa kemajuan ke Pekan. Maklum sahajalah, kalau tidak ada Najib, maka kebulurlah orang Pekan. Dunia mereka gelap. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.

Benarlah kata Plato- harga yang kita bayar kerana tidak mempedulikan bagaimana kerajaan diurus ialah, akhirya kita mendapati diri kita diperintah oleh orang yang jahat.

Saya tiada syak bahawa Najib ialah ketua kerajaan perompak, oleh perompak dan untuk perompak. Saya mengatakan demikian as a matter of factly. Barangsiapa yang menyelidiik dengan suara hati akan mendapati fakta ini.

Sungguh benar apa yang disebut dalam al Quran- kita mendapat apa yang kita usahakan dan segala musibah yang melanda diri kita adalah hasil usaha tangan kita sendiri.

Tambahan pula, tabiat orang Pekan ialah mereka mudah dibeli dengan wang ringgit dan akan melupakan dosa anak Pekan seperti Najib.

Dan Najib ialah mahaguru mengurus persepsi- untuk mengurus persepsi bahawa dia seorang yang hampir dengan rakyat dan berjiwa rakyat- dia pulang ke kawasan melakukan kerja2 sosial. Bertandang ke rumah orang kahwin, merasmi tandas awam, menyampaikan hamper makanan, bersewang dengan orang asli, menghadhiri majlis bersunat, tendang bola sebiji dua, merasmikan itu dan ini dan segala media yang UMNO kawal , akan menyanyi lagu2 indah dan muluk mengenai ‘kerapatan’ Najib dengan rakyat biasa. Dia akan gunakan segala kemudahan dan sumber milik kerajaan untuk mengurus persepsi2 yang dia kehendaki.

Dan setiap kali pulang kePekan, menelan belanja yang banyak. Bayangkan ini- body guards perlu dibayar elaun overtime – RM500 seorang dan ada 20 orang, kenderaan hendak pergi airport- 30 buah dengan 30 buah driver- satu kereta dengan minyak dan segala nya, RM500 sehari x 30 driver 30 x 500 sehari,. Kemudian ole2 yang diberi, pegawai keselamatan setempat yang kena dibayar, penggerak2 acara yang perlu dibayar, kemudahan setepat- khemah kerusi meja, kos acara makanan dsb- RM150-200,000 setiap kali. Ertinya, untuk menonjolkan persepsi kerapatan dengan rakyat, menelan kos yang banyak. Duit siapa? Bukan duit Najib.

Dan hari ini dalam dewan rakyat( 26 mac 2017) Najib berkata menabur rasa moderasi lebih susah dari menanam kebencian. Saya sangat setuju kerana reakitinya Najib lah yang menanam rasa kebencian dan kesangsian antara kaum dalam negara ini.

Sesiapa sahaja dengan kemudahan dan sumber kewangan yang tidak terbatas boleh mencipta persepsi, ketrampilan dan imej yang dikehendaki. Tidak ada rahsia.

Saya katakan kepada rakan saya- kalau awak sediakan kemudahan dan sumber kewangan begitu banyak- Mat Tompel pun boleh lakukan apa yang Najib lakukan. Mat Tompel ialah seorang karakter yang benar2 ujud di Pekan yang boleh kita anggap sebagai the likeable village idiot. Kawan saya tahu siapa Mat Tompel ini. Semasa kecil kami bermain main dengan nya.

Walau bagaimana pun, biarpun orang Pekan tutup sebelah mata, elok lah saya ingatkan karakter Najib. Bersambung......

Posted by Ariff Sabri (with permission)

1 comment:

  1. Memang orang pekan akan sokong Najib sebab Najib pandai buat orang-orang pekan dan pengundi pekan jadi miskin dalam pelbagai bidang teknology termasuk juga cara berfikir caranya mudah mulut dibisukan dengan dedak telinga dipekakkan dengan media pengampu dan mata dibutakan dengan projek ciptaan UMNO jadi tak hairanlah jika pemilih lebih rela memilih Najib walaupun dimata dunia luar dari Pekan Najib adalah seorang PM yang terlalu kelojoh berbelanja jika benar Najib lurus dengan wawasannya kenapa seluruh rakyat tidak setuju dengan apa yang dikatakan rakyat hari ini macah hidup dalam keterpaksaan mengikut apa saja undang-undang yang digubalkan walau pun rakyat ada wakil mereka didewan untuk menegur bagi pehak rakyat tapi apa yang berlaku bila ditegur akan dikeluarkan dari dewan inikah demokerasi yang kita mahukan .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.