Monday, December 28, 2020

Tak bantah katamaran, cuma kekalkan kapal feri lama di P Pinang, tegas adik Guan Eng

 

PETALING JAYA: Senator Lim Hui Ying menegaskan tidak membantah rancangan memperkenalkan kapal jenis katamaran untuk perkhidmatan feri Pulau Pinang menggantikan kapal dua hujung sedia ada, cuma menggesa Putrajaya mengekalkan kapal lama kerana nilai sejarahnya.

Lim berkata Putrajaya perlu mengekalkan dua daripada tiga kapal dua hujung itu di samping kapal katamaran itu nanti, supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang yang “ikonik” dapat diteruskan.

“Seperti yang dinyatakan dalam perbahasan saya, Kerajaan Persekutuan harus meneruskan perkhidmatan feri ikonik, walaupun dengan kekerapan yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan, menjawab Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang mendakwa Lim di Dewan Negara bersetuju dengan keputusan pentadbiran lepas menggantikan kapal dua hujung dengan katamaran.

Lim merupakan seorang senator dan kebetulan adik kepada bekas menteri kewangan, Guan Eng.

Lim bagaimanapun meminta Wee berhenti berdolak-dalik dalam isu menamatkan khidmat kapal dua hujung itu.

“Wee harus akur dengan seruan dan hasrat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan perkhidmatan feri ikonik, sepertimana diputuskan kerajaan Pakatan Harapan yang lalu dan disahkan rakan sekerja beliau, iaitu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.