https://www.msn.com/en-my/news/berita/harga-makanan-utama-meningkat-rakyat-gusar/ar-AAR6iUl
(OSTB : Betul. Jadi kalau kerajaan dungu tebang pokok buah harga buah akan naik. Kalau kerajaan dungu tebas kebun kubis, harga kubis akan naik)
tidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut
Beban kenaikan amat dirasai golongan berpendapatan rendah
yang sudah terbeban kos sara hidup semakin meninggi saban tahun.
(OSTB : Betul. Jadi kos sara hidup dok naik ini bukan satua atau dua bulan, tetapi saban tahun.)
kenaikan harga makanan asas amat dirasai rakyat
Selasa CAP laporkan harga sayur naik sehingga 200% dua minggu lalu
kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili
selepas kenaikan harga ayam dan telur juga pada minggu ini
(OSTB : Betul. Di beberapa tempat harga ayam naik sampai RM8 - RM10 kilo. Tetapi di supermarket Lotus hanya RM6.50 sekilo. Tahniah dan terima kasih Lotus Supermarket).
Kedah - harga telur ayam meningkat lebih RM3 sepapan (30 biji) sejak seminggu
kenaikan sebanyak tiga sen sebiji bagi semua gred telur
harga ayam menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan lalu
lebih baik kerajaan ambil langkah proaktif sebelum kenaikan harga terjadi
(OSTB : Betul. Tapi untuk berbuat demikian kerajaan perlu bangun daripada tidur. Jangan gunakan kapak untuk majukan pertanian. Cuba gunakan cangkul, ok?)
kawalan makanan utama perlu diberi perhatian
(OSTB : Be careful. Kalau lesen bot nelayan disapu kaum elit, kalau tanah durian disapu kaum elit, kalau lesen impot disapu kaum elit dsbnya kalau harga impot baja dan makanan ayam sudah naik, lepas itu kerajaan letakkan kawalan harga maksudnya peniaga/pengimpot akan rugi atau boleh rugi atau tidak berbaloi bagi peniaga menjual barangan itu. Kalau peniaga tidak mampu jual barang, maksudnya kedai dan supermarket akan kosong. Nanti tak cukup barang untuk di jual.
Yang berikut ini berita harga roti pula naik.
KL Nov 25 — price hike in locally manufactured bread
price increase memo from local bread manufacturer
Classic Original, will go up from RM2.38 to RM2.80
Twiggies (from RM1.49 to RM1.80).
spike in vegetable prices
no truth price of vegetables gone up 200% as alleged by social media and CAP
told by CAP not sure of locations where such incidents took place
CAP said they based it on hearsay
CAP highlighted dramatic increase in vegetables
CAP said broccoli RM8 to RM20; cabbage RM4 to RM6; red chillies RM13 to RM19; cauliflower RM7 to RM16; string beans from RM8 to RM15
Penang KPDNHEP say price increase due to weather in Cameron Highlands
(OSTB : KPDNHEPABCDEFG ambil cara paling mudah. Depa kata "CAP cakap bohong". Hearsay itu cakap kosong lah. Habis harga ayam dan telur naik? Harga roti akan naik?
Semalam saya bersama keluarga ke sebuah restoran popular di kawasan saya. Harga di restoran itu pun baru naik. Pihak restoran yang prihatin meletakkan sebuah notis untuk menjelaskan penyebab harga mereka naik:
Ini bukan masanya untuk main tai chi atau menuding jari kepada orang lain atau tempat lain : CAP cakap kosong-lah, hujan punya pasal-lah, kilang roti tak bagi tau-lah.
Kau lah kementerian, kau lah kerajaan, kau yang pegang kuasa. Kalau kau orang tak tahu apa pun, lebih elok kau pi korek hidung sajalah. Membazir duit rakyat saja bayar gaji kau, kau kerja di pejabat buang api, buang air dan sewa saja.
Tuan-tuan rakyat Malaysia yang begitu mudah ditipu dan diperbodohkan, dengar baik-baik ok. Tuan-Tuan memang sudah kena tipu.
Cara mengatasi kenaikan harga bahan makanan tersangat mudah. Kita cuma perlu pastikan TIDAK ADA GANGGUAN, TIDAK ADA MONOPOLI, TIDAK ADA KEPERLUAN LESEN KAUM ELIT dalam supply chain atau rantaian pembekalan barangan terutama sekali barang makanan.
Berbanyak kali sudah para petani mengadu bahawa pembekalan benih padi (contohnya) dimonopolikan orang kaya dan harga benih padi sudah naik. Begitu juga pembekalan baja untuk tanam padi dimonopolikan orang kaya.
Tuan-Tuan pernah fikir tak - Jepun sudah tak ada. Jepun kalah pada tahun 1945. Komunis pun sudah tak ada. Komunis mengaku kalah pada 1989. Negara kita sudah Merdeka sejak 1957. Habis pasal apa pula kita tidak dibenarkan membawa satu kampit beras dari satu negeri ke negeri yang lain? Depa control belaka.
SEKSYEN KAWAL SELIA PADI DAN BERAS
Bahagian Industri Padi dan Beras telah ditubuhkan pada tahun 2005 setelah diselaraskan semula fungsi dan peranannya
Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1994 setelah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) korporatkan.
Namum pada pada tahun 1999, seksyen ini telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP).
Walau bagaimanapaun, telah berlaku perubahan berikutan daripada keputusan Pengurusan Tertinggi Kerajaan di mana, Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras dan Kawalan Padi dan beras 1994 (Akta 522) . . . .
Lepas itu depa pi letak syarat begitu banyak lesen untuk padi dan beras:
JENIS-JENIS LESEN
BIL JENIS LESEN
1. LESEN RUNCIT
2. LESEN BORONG
3. LESEN IMPORT
4. LESEN EKSPORT
5. LESEN MEMBELI PADI
6. LESEN KILANG PADI
7. PERMIT
"Kawal selia padi-lah, di korporatkan-lah" 'Jenis-Jenis Lesen-lah'- kepala bapak kau lah. Tuan-Tuan nak cuba memohon lesen impot padi? Mampus pi lah. Ini bukan untuk rakyat marhaen yang haprak. Hanya orang kaya dan elit saja boleh dapat lesen impot seperti ini.
Tuan-Tuan, semua ini adalah untuk jaga monopoli dan kekayaan kaum-kaum elit. Tak percaya? Cuba baca kenyataan berikut pula:
"According to Dr Mohd Yusof Saari, UPM’s Head of Agriculture and Food Policy Laboratory, the market structure in Malaysia allows for monopoly among big firms, and with no real competition to keep them in check, they can control the price of their products however they wish, and even restrict supply if they want.
“For instance, when it comes to food, small and medium-sized food enterprises depend on a small number of big firms for their fresh produce and ingredients. And these big firms are controlling the retail trade, including wholesale, which is a big component in the industry’s value chain… When these few big firms determine the price of goods, they also have control over the amount of supply in the market, which explains why Malaysia sometimes experience shortage of particular food items,” – Dr Mohd Yusof Saari, to Astro Awani."
Ini Tuan Professor yang cakap. Bukan saya cakap tau.
Maksudnya, Tuan-Tuan sudah kena tipu bulat-bulat oleh orang kaya yang pegang kuasa. Depa peduli sesama depa saja. Depa kaya dulu atas peluh dan susah Tuan-Tuan.
Semuanya di-monopolikan. Semuanya 'di-kawal'. Semuanya di-lesenkan.
Tuan-Tuan apa sudah jadi dengan isu kartel daging? Sudah lupa ke? Hari itu keluar dalam berita macam hangat-hangat tahi ayam. Sesudah beberapa hari berita kartel daging pun sudah senyap.
Dia macam ini Tuan-Tuan. Negara kita Malaysia ini adalah ibukota seantero dunia bagi MONOPOLI, MONOPOLI, MONOPOLI.
Dan yang terlibat dalam pelbagai monopoli ini adalah kaum elit, golongan pegang kuasa, kaum ahli politik dan konco-konco mereka. Juga syarikat GLC yang pegang monopoli itu dan ini.
Harga jualan kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam dunia ini. Tuan-Tuan tahu tak syarikat pengimpot kereta yang terbesar dalam negara kita adalah syarikat GLC. Syarikat kepunyaan Kerajaan. Kerajaan yang diundi dan dilantik oleh Tuan-Tuan sendiri? Lagi tinggi harga kereta lagi banyak-lah depa dapat untung. Tuan-Tuan yang kena bayar bulanan 'car loan' enam tahun ke, sembilan tahun ke.
Akhir kalam, semua ini adalah sebab kebodohan Tuan-Tuan. Tuan-Tuan tak tahu dan tak faham apa yang berlaku di kalangan orang kaya, di kalangan kaum-kaum elit, di kalangan kaum-kaum yang pegang kuasa. Mereka memperbodohkan kita.
Mereka jadi kaya. Tuan-Tuan yang kena bayar lebih.
Dulu depa suruh Tuan-Tuan makan kangkung. Sudah lupa ke? Have you forgotten? Mereka perbodohkan Tuan-Tuan.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.