Monday, August 1, 2022

Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

 

Serpihan logam disyaki komponen roket China yang terbenam dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk di Batu Niah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Serpihan logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemui di Sepupok, Niah di Sarawak.

Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk di Batu Niah berhubung penemuan komponen itu semalam.

Katanya, tinjauan awal mendapati serpihan logam itu terbenam kira-kira 1m dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk.

“Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal-usul logam tersebut dan meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan terbabit kerana bimbang logam itu mengandungi bahan radioaktif dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Kawasan terbabit dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

Agensi Angkasa Malaysia semalam mengesahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China melintasi ruang udara Malaysia dan dikesan di beberapa kawasan, termasuk ruang udara Sarawak sebelum direkodkan jatuh di Laut Sulu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.