Sunday, June 30, 2024

KENAPA HAMAS PANIK PADA SELASA 25 HB JUN 2024

 Maksudnya Hamas kelihatan seperti hipokrit besar. Kutip derma punya pasal mereka boleh janji lain-lain di tempat lain. Imej hipokrit seperti ini boleh menjejaskan kutipan tabung Hamas dari Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Mesir, Turki dan Qatar.


Pada Selasa 25hb Jun 2024 dengan tiba-tiba dan tergesa-gesa Hamas telah membuat Press Statement berikut:

 


Kenyataan Media Hamas ini telah dibuat beberapa jam sahaja selepas tersiar kenyataan dari Malaysia yang mengatakan bahawa, antara lainnya:

  • discussed with Hamas about Malaysia's dealings with Israeli-linked firms
  • discussed the issue of Malaysia's business dealings with Israeli-linked companies with Palestinian resistance group Hamas

Maksudnya seolah Hamas juga terlibat dan bertanggungjawab dalam keputusan Malaysia untuk berurusan dengan syarikat kepunyaan Yahudi dari Amerika yang menjadi penyokong kuat Israel.  Kesilapan orang lain ditaicikan atas bahu Hamas. Hamas kena kencing.

Dan kenyataan Malaysia itu terus dilaporkan oleh media termasuk media antarabangsa seperti Bloomberg. 

Oleh itu Hamas pun panic dan terpaksa membuat Press Statement mereka sendiri yang mengatakan :

  • Hamas fully support to boycott the criminal occupation and its backers
  • Hamas confirms this firm and strategic position has not changed
  • boycotting and isolating the entity and its backers

Apakah sebabnya Hamas begitu panic?

Sebab setiap tahun Hamas mengutip derma beratus juta US Dollar di seluruh dunia Islam dari Morocco ke Indonesia dan juga di kalangan masyarakat Islam di Barat seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah - dengan membuat Sumpah Satie Bukit Marapalam bahawa Hamas akan senantiasa berjihad melawan rejim Yahudi Israel dan 'its backers' atau penyokong-penyokong Israel.

Dan penyokong Israel termasuk syarikat gergasi kepunyaan kaum Yahudi di Amerika. 

Tetapi Pelik bin Ajaib, tiba-tiba di sebuah negara bernama Malaysia pula tersiar berita bahawa  "have discussed the matter with Hamas leaders and they have no issues  (with Malaysia working with these companies)".

Seolah Hamas telah memberi pengecualian kepada Malaysia untuk berurusan dengan syarikat-syarikat pro-Israel yang Hamas telah bersumpah untuk memboikot itu.

Maksudnya Hamas kelihatan seperti hipokrit besar. 
Kutip derma punya pasal mereka boleh janji lain-lain di tempat lain.
Imej hipokrit seperti ini boleh menjejaskan kutipan tabung Hamas dari Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Mesir, Turki dan Qatar.

Di Malaysia saya tak tahu lah. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.