Sunday, June 30, 2024

Saturday Lite : Raja Liar Dan Pepatah 'Penny Wise And Pound Foolish'

 



Dalam bahasa Inggeris mereka mempunyai pepatah atau idiom berikut : penny wise and pound foolish.

Maksudnya adalah :  'careful and economical in small matters while being wasteful or extravagant in large ones'.

Ia itu berjimat cermat menjaga perbelanjaan untuk perkara yang kecil tetapi belanja boros dan out of control dalam perbelanjaan untuk barang-- barang besar dan mahal.

Juga boleh difaham sebagai 'kikir atau kedekut membelanja untuk keperluan asas seperti makan, minum, kesihatan  tetapi boros membelanja untuk bersuka ria dan menunjuk-nunjuk seolah kaya'.

Bayangkan Raja Liar di benua Asia Tenggalam makin kikir belanja duit untuk kebaikan orang kebanyakan dalam negeri. 

Cukai dinaikkan, sabsidi dipotong, harga barang naik dan orang kebanyakan makin kesempitan. Dengan memotong sabsidi Raja Liar  isytiharkan dia dapat jimat empat billion matawang.

Tetapi pada waktu yang sama Raja Liar menaikkan belanja 10 bilion matawang untuk beli undi (benua Asia Tenggalam adalah sejenis constitutional monarchy) pegawai-pegawai kerajaanya.

Dia belanjakan 1.0 bilion matawang lagi untuk membeli sokongan Kongres Ekonomi Kaum-Kerabat.

Dan dia membuat peruntukan 1.0 bilion matawang lagi daripada duit rakyat untuk projek tidak masuk akal perkhidmatan 'shuttle service' yang tidak lain tidak bukan serupa perkhidmatan beca dan teksi yang telah pun sedia ada. Tidak perlu pun belanja 1.0 billion matawang daripada duit rakyat. Dan projek itu "dianugerah" kepada  Prabu Wasudewa ia itu penyokong setia Raja Liar.

Maka ikut teori matematik tinggi (higher mathematics) :

Jimat 4.0 bilion matawang daripada potong sabsidi yang akibatnya menyusahkan rakyat.

Belanja boros 10.0b + 1.0b + 1.0b = 12.0 bilion matawang untuk menguntungkan penyokong.

Jadi 12.0 bilion tolak 4.0 bilion =  masih defisit atau boros 8.0 bilion matawang.

Macam mana pula Raja Liar akan tampal lubang defisit 8.0 bilion matawang itu? 

Jawapannya mudah : Esok potong sabsidi lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.