Thursday, July 18, 2024

CEO, COO, PENGARAH SYARIKAT TOL KENA TANGKAP RASUAH KONTRAK RM1 BILION, RM6 BILION. KITA PULA BAYAR TOL SAMPAI MATI

 Ini dua berita yang berkaitan pada hari yang lain-lain. 

 



Hari itu CEO dan dua pengarah syarikat kena tangkap sebab terlibat rasuah untuk kontrak bernilai RM1.0 Billion.

Sekarang COO (Chief Operating Officer) pula kena tahan sebab terlibat rasuah RM300,000 untuk kontrak bernilai RM6.0 Billion.

Pengarah syarikat, CEO, COO semua terlibat. 
Macam mana pula General Manager, Senior Manager, Chairman? 
Dia orang tidak terlibat ke?

Takkan kontrak bernilai RM1.0 billion, kontrak bernilai RM6.0 billion tapi rasuah dia RM300,000 sahaja?
Takkan sekali sahaja depa makan duit rasuah.

  • Macam mana pula orang yang hulur duit rasuah itu? 
  • Takkan tepuk tangan sebelah sahaja boleh berbunyi ? 
Tuan-Tuan kita mula bayar tol sejak awal tahun 1980an lagi. 
Takkan baru hari ini geng-geng ini telan duit rasuah? 
This must be going on for a long time.
 
Of course syarikat kontraktor bayar rasuah untuk diluluskan kontrak dia.
Of course rasuah itu untuk luluskan harga kontrak yang jauh lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya. 
Takkan orang suap rasuah untuk diluluskan harga kontrak yang murah pula? 
No way. These people are not stupid.
Jadi akhir sekali harga kontrak naik berlipat kali ganda.

Apa maksudnya? Maksudnya kita pula kena bayar tol sampai mati untuk mereka kaut  balik harga kontrak  yang berlipat kali ganda itu.

Tuan-tuan sebab itulah kita sekarang sudah bayar tol selama 42 tahun dah. 
Yup, the first toll collection was in 1982. 
Masa itu saya berusia 22 tahun dan masih student lagi di Amerika. 
Hari ini saya dah berusia 64 tahun dan duduk di kawasan Bangi. 
Hari-hari kami kena bayar tol.
  • Dulu masa kerajaan BN dan Dr Mahathir - kita mula bayar tol.
  • 36 tahun kemudian kerajaan PH dan Dr Mahathir - kita bayar tol lagi.
  • Lepas itu kerajaan TS Muhyiddin kita bayar tol lagi.
  • Lepas itu kerajaan Ismail Sabri - kita bayar tol lagi.
  • Sekarang  - kita bayar tol lagi.
  • Tak kira lah parti apa pun, tak kiralah siapa pun perdana menteri, kita bayar tol juga.
  • Masa pilihanraya mereka semua janji membela nasib kita.
  • Masa mereka pembangkang mereka masuk isu tol dalam Manifesto.
  • Tapi bila sudah menang, habuk pun tak ada.

Tuan-Tuan saya ada sedikit soalan : antara kepentingan syarikat tol dan kepentingan kita 34 juta rakyat negara, agaknya kepentingan siapa yang didahulukan?

  • Rupanya tol ini makin menjadi rezeki haram bagi mereka.
  • Contohnya mereka semua kalah pilihanraya. 
  • Sejak 2018, nasib politik mereka semua serupa telur di hujung tanduk.
  • BN, PN, PH semuanya tercungap-cungap.
  • Sekarang bos syarikat tol kena tangkap rasuah. 
  • Rezeki mereka memang makin toxic dan haram. 
  • Jangan undi mereka.
  • Biarlah mereka mampus.


 The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect the views of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.