Monday, July 22, 2024

Garis panduan kemasukan guru bahasa Inggeris dari Singapura dikemas kini

 

Free Malaysia Today
Selebriti Nur Fazura Sharifuddin memperkenalkan koleksi tudung kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan) pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Kementerian Pendidikan sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar bahasa Inggeris dari Singapura, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan skim bantuan atau melantik sukarelawan dibiayai republik itu ke kawasan tertentu di Malaysia dapat membantu tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara.

Ia bukan perkara yang asing dan pernah dilaksanakan sebelum ini (melibatkan tenaga pengajar) Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk bahasa Korea, jadi saya tidak fikir ia perkara yang sukar (dilaksanakan),
 katanya pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan skim bantuan atau melantik sukarelawan dibiayai republik itu bagi mengajar bahasa Inggeris ialah hasil perbincangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sebelum ini.

Mengenai persediaan menghadapi PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini, Fadhlina yang juga ketua Wanita PKR berkata, beliau akan memastikan jentera parti itu memberi komitmen penuh bagi memastikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

Calon sudah pun kita ketahui, Wanita PKR akan memberikan komitmen penuh kepada kempen dan mengatur semua strategi yang saya fikir penting untuk menawan Nenggiri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.