PETALING JAYA: Kem Angkasa Kebangsaan 2024 Oktober ini bakal mendedahkan pelajar dan masyarakat mengenai misi Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030).
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata program selama tiga bulan itu dijangka mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran bagi industri angkasa tempatan.
katanya dalam kenyataan.Dengan memperkenalkan program seperti Kem Angkasa Kebangsaan melalui kerjasama strategik, Mosti yakin usaha ini dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta membina asas bakat tempatan yang kuat untuk menyokong agenda Ekonomi Madani,
Beliau berkata, dengan usaha secara bersama beliau yakin program itu dapat melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi khususnya sektor angkasa selari fokus kerajaan yang menumpukan pertumbuhan tinggi sektor bernilai tinggi.
Program dijadual berlangsung di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak menyasarkan penyertaan antara 800 hingga 1,000 peserta setiap negeri.
Kem Angkasa Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Teknologi dan Pengembaraan Angkasa’ adalah program kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi swasta Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education United Kingdom. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.