Friday, November 22, 2024

Bachok daerah pertama Kelantan dilanda bah

 

bachok
Seramai 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran dengan bacaan 2.6m setakat 7 malam tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.