Friday, November 22, 2024

Gaduh di gelanggang futsal, 21 pelajar bebas dengan jaminan polis

 

gaduh futsal
Tangkap layar video tular pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA
Seramai 21 pelajar tingkatan empat dan lima ditahan susulan pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda berkata semua yang ditahan Khamis lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya pergaduhan itu berpunca daripada salah faham berhubung perselisihan faham terdahulu.

“Ada mangsa dipukul beramai-ramai sehingga sakit di beberapa bahagian badan serta dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kerana merusuh) untuk melengkapkan kertas siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.